Place a free ad

Friday, June 13, 2008

Maghi laa blaja bahaso Klate..2

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...Yang popular digunakan antaranya: CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air.

Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja). PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka... JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain maksudnya. NYOR KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!! TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...) AIR TUwoK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUwoK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRho. NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan. ..cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti... anok berhanok : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje) membawa erti janda kalu di kelantan. SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an',' am','ang' diganti dengan `e'. cth : Jangan = jange Lengan = lenge ayam = aye Geran = gere, Pisang = pise Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pele(mangga) -(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh, Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!! Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen' ) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan..(kalu nk himpun bnyk lg)

No comments:

Custom Search